Friday, October 2, 2015

#HOT~' Kim Miso digelar polis paling cantik di Korea Selatan'‎

Kim Miso 

 KEGILAAN baru timbul apabila seorang bekas model majalah Maxim, Kim Miso membuat keputusan untuk menjadi seorang anggota polis di Korea Selatan.

 Menurut Dailymail, bekas model berusia 25 tahun tersebut memuatnaik fotonya mengenakan persalinan polis di laman Instagram baru-baru ini.

 Perkongsian tersebut menjadi hangat sekelip mata dimana netizen memuji keputusan Kim untuk berkhidmat untuk masyarakat.

 Beliau kemudian diberi gelaran 'polis paling cantik' di Korea Selatan tidak lama kemudian.

 Difahamkan, syarat kelayakan untuk menjadi anggota polis di Korea Selatan adalah sangat ketat, dan perlantikan Kim membuktikan beliau komited dengan pekerjaannya.

 Pusat Akademi Polis Korea Selatan mengesahkan berita yang tersebar mengenai Kim.

0 comments: