Friday, September 18, 2015

#TAHNIAH~Yusry Dan Lisa Surihani Kongsi Gambar Anak di Instagram

Lisa dan Yusri Kongsi Gambar Bayi Perempuan Comel 

 Pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry yang selamat menerima cahaya mata sulung 15 September lalu berkongsi sebuah foto anak mereka di laman sosial Instagram. 

Menerusi Instagram program H!Live terbitan Astro, kelihatan Lisa memegang bayinya itu sambil diperhatikan Yusry.

 Bagaimanapun, hanya wajah daripada pandangan sudut tepi sahaja yang dikongsi pasangan ini.

Bayi perempuan tersebut dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram di Pantai Medical Centre, Bangsar.

Menerusi kapsyen dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagram H!Live itu juga, nama bayi comel itu akan diumumkan selepas tujuh hari.

 Sebelum itu pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusri KRU dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulung mereka.

Lisa telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.44 malam 15 September 2015 beberapa minit sebelum 16 September iaitu Hari Malaysia.

0 comments: