#HOT~Soo Wincci mahu PM turun 'pentas'?

Sedutan video yang dimuatnaik Soo Wincci di laman YouTube. 

 "KEPADA Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah, bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata usahawan dan penyanyi jelita, Soo Wincci.

 Wincci berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuatnaik pada Ahad lalu.

 Beliau juga menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada hujung minggu.

 "Ada kemungkinan saya akan digam atau mungkin juga tidak dibenarkan pulang ke Malaysia," kata Wincci pada awal video.

 Difahamkan, beliau kini berada di Taiwan untuk proses rakaman lagu dan mencipta nama di negara tersebut.
Video berkenaan dimuatnaik pada Ahad lepas dan menjadi viral hari ini di laman sosial.[SH]

No comments