Monday, September 14, 2015

#CERAI~'Sekali lagi saya kena!', Linda Rafar akui trauma

Linda hadir ke mahkamah untuk menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai, semalam. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 

 NAMA pelakon Linda Rafar mula menjadi bualan awal minggu ini apabila tindakannya memuat naik gambar pernikahannya dengan suami, Syed Aiman dengan perkataan 'Akad Cerai' di laman Instagramnya.

 Namun, tidak lama kemudian, dia bertindak memadam semula gambar berkenaan.

Laporan awal menyebut, Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya jam 7.30 pagi pada Selasa lalu di kediaman mereka di Shah Alam.

 Dan, pada Jumaat lalu, Linda yang kini sedang hamil tiga bulan hadir ke pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah untuk menyerahkan borang cerai.

Kesempatan itu juga, Linda meluangkan masa setengah jam bersama media bagi menjelaskan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya itu. Ikuti temu bual berikut;

 Ramai peminat terkejut dengan berita ini. Apakah penjelasan Linda?
Saya datang ke mahkamah hari ini (Jumaat) adalah untuk menghantar borang pengesahan lafaz cerai. Borang tersebut diambil oleh wakil saya pada Rabu lalu.

Saya tidak pasti adakah jatuhnya talak yang dilafazkan oleh suami dalam keadaan saya mengandung. Biarlah hakim yang putuskannya.

 Boleh Linda jelaskan puncanya dan sejak bila ia berlaku? 
 Tiga hari sebelum itu suami sudah nampak lain. Dia outstation di Kelantan selama empat hari. Dia balik dalam keadaan muka tidak gembira dan saya pun tidak cakap apa-apa. Sebab saya tidak melakukan apa- apa kesalahan.

 Apa yang saya tahu, saya hidup sebagai seorang isteri dan baru sahaja kematian anak saya. Tak mungkin saya buat benda- benda yang boleh menyebabkan penceraian ini.

 Saya rasa ini adalah dugaan daripada ALLAH. Sekali lagi saya kena. Saya rasa trauma dan fobia. Nak jumpa wartawan pun rasa takut.

Tidak siapa di dalam dunia ini mahukan penceraian ataupun kemusnahan rumah tangga. Cuba bayangkan jika anda berada di tempat saya? Tapi talak pada suami. Sebagai isteri, apa yang mampu saya buat? Kena reda sahaja.

 Bagaimana pula dengan kenyataan Syed Aiman bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai dan mendakwa ia lebih kepada dasar emosi Linda yang sedang mengandung sekarang? 
Saya tak rasalah saya sampai macam tu sekali.

Orang mengandung tidaklah sampai lupa diri. Saya sedar.

Saya tidak tahu kenapa dia buat macam itu. Saya yakin dia memang melafazkan.

Persoalannya sama ada jatuh atau tidak sahaja.

 Jadi bagaimana keadaan Linda? 
Selepas kejadian itu, kami terus tidak bercakap. Saya mengandung. Tak mungkin saya nak bercerai. Tapi sekiranya ditakdirkan, saya pun ada maruah, harga diri dan keluarga.

Orang sudah tidak mahu dan cakap bukan-bukan, takkan saya mahu tunggu lagi?

Sekiranya ditakdirkan berpisah, saya reda.

 Adakah konflik ini memberi kesan kepada kandungan Linda?
Saya takut juga. Pada 17 September ini saya ada temu janji pemeriksaan dengan doktor. Sekiranya doktor tidak membenarkan saya untuk meneruskan kandungan ini, saya perlu patuhi.

Selepas kejadian itu, saya demam dan perut sakit.

Jadi, sebelum apa-apa berlaku saya kena ikut nasihat doktor.

Kalau boleh saya ingin meneruskan kandungan ini.

 Sembilan tahun perkahwinan, kalian dilihat sebagai pasangan yang serasi dan bahagia bersama.... Sebenarnya ini bukan pergaduhan pertama kali. Kami sering bergaduh.

Mungkin orang tidak tahu sebab saya banyak sabar. Tapi kesabaran itu ada tahapnya.

Saya sudah tawar hati. Kalau tidak dihargai, biarlah saya pergi sekarang.

Sepanjang berkahwin, saya juga tidak pernah memeriksanya sama ada telefon bimbit atau apa yang dibuat di belakang saya. Itulah sifat saya sejak kahwin.

 Adakah Linda akan menerima Syed Aiman kembali? 
Itu yang membuatkan saya menangis sepanjang hari. Saya tanya dengan diri saya adakah saya boleh terimanya atau sebaliknya.

Saya takut apabila perut membesar sekali lagi benda ini terjadi. (menangis). Saya fobia.

 Bagaimana dengan keluarga? 
Keluarga tidak masuk campur dalam masalah rumah tangga. Emak mahu saya selesaikan sendiri.

Cuma saya ada minta nasihat dan pandangan daripada kakak saya, Anita dan abang ipar.[SH]

0 comments: