#HOT~Akim Kecewa Video Kekasihnya Stacy Peluk Islam Tersebar

Jika sesiapa pun yang berada di pihak Akim Ahmad, mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama. Gara-gara video kekasihnya, Stacy AF, yang sedang belajar mengucap tersebar, Akim menjelaskan perasaan kecewanya itu di laman Twitter.
Menurut Akim, dia mengetahui siapa di sebalik perakam video tersebut malah melalui beberapa tweet Akim juga menjelaskan individu terbabit merakam video itu tanpa kebenaran selain mempersoalkan sifat tanggungjawab dan juga amanah individu terbabit.

 “Saya bukan marah, tapi kecewa. Kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sangat kecewa.

Harap janganlah ada yang buat silap macam ni lagi. Saya merayu, sama-samalah kita mengingatkan ye. Assalammualaikum,” luah Akim di laman sosial tersebut.
Mungkin ini hanya cabaran kecil kepada Akim dan juga Stacy dalam menangani perkara sebegini.

Apa pun, semoga perjalanan pasangan ini menuju ke gerbang perkahwinan akan dipermudahkan malah peminat juga tidak berhenti berdoa untuk kebaikan mereka bersama. sumber

No comments