#TERBAIK~Larangan ‘couple seat’ untuk pasangan bukan muhrim dalam pawagam

Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah mempamerkan notis larangan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menggunakan ‘couple seat’ dalam pawagam itu.

 Memetik laporan sebuah portal berita, notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut beroperasi, dua tahun lalu.

 Usaha itu mendapat reaksi positif daripada pengunjung dan menyifatkan ia tindakan wajar bagi membendung gejala sosial.

 Dikhabarkan pawagam LFS itu satu-satunya di Seri Iskandar dan menjadi tumpuan terutama golongan muda-mudi.

 Pawagam tersebut mempunyai 12 buah ‘couple seat’ serta tujuh bilik tayangan.[SH]

No comments