#HOT~Tan Sri Michelle Yeoh Sahkan Bakal Berkahwin Dengan Tunangnya Jean Todt

Michelle dan Jean bakal berkahwin. 

 AKTRES Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya memberitahu sudah bersedia untuk berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt dalam masa terdekat.

 Michelle, 52, dalam satu temubual memberitahu sebelum ini mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan tersebut selepas bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik meninggal dunia tahun lalu akibat sakit tua.

 "Bapa saya meninggal dunia pada akhir tahun lalu jadi bagi menghormati pemergiannya kami perlu menunda perkahwinan.

 "Kini kami merasakan sudah sampai masanya untuk berkahwin dan perkara itu akan dimaklumkan kepada semua," katanya.

 Dalam pada itu, Michelle memberitahu mereka masih belum membuat keputusan berhubung lokasi perkahwinan itu bakal diadakan.

 Bagaimanapun kata bintang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu, beliau berharap dapat mengadakan majlis sederhana di Malaysia dan Hong Kong.

 Michelle dan Jean, 69, yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005.[mStar]

No comments