Thursday, July 23, 2015

#HOT~Sari Yanti Terasa Kosong Beraya Sebagai Ibu Tunggal

Tahun ini merupakan tahun kedua Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menyambut kedatangan Syawal sebagai seorang ibu tunggal.

 Bercerita tentang sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran insan bergelar suami, Sari berkata, memang terdetik rasa kosong beraya sebagai seorang ibu tunggal.

 Namun, dia berasa sungguh beruntung kerana masih mempunyai kaum keluarga yang begitu rapat dengannya.

 “Tipu jika saya tidak rasa kelainan beraya seorang.

Bagaimanapun, saya cukup bertuah kerana kekosongan yang terdetik dalam diri terisi apabila saya pulang ke kampung halaman.

 “Bagi saya, jika Allah halang sesuatu perkara itu, kita tidak akan menerima apa-apa. Namun, jika Allah memberi, tiada siapa yang akan halang kita untuk menerima.

 “Ada hikmah dalam setiap perkara yang diizinkan Allah,” ujar Sari yang menjadikan kisah penceraiannya sebagai pengajaran buatnya untuk terus matang dan bijak dalam mengatur kehidupan.

 Berkongsi tentang sambutan raya, ibu kepada Barr Al-Aliy, 5, dan Basit Al-Haq, 3, itu pulang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan menyambut lebaran bersama keluarga.

 “Sama seperti tahun lepas, saya beraya di kampung bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

 “Saya berada di kampung sehari sebelum hari raya dan pulang ke Kuala Lumpur apabila sudah puas beraya,” jelasnya menutup bicara.

0 comments: