#TAHNIAH~Salih Yaacob bakal dikurniakan anak ke-13

SALIH ketika bercuti ke Langkawi baru-baru ini bersama Emi (kiri), Norlizah (tengah), anaknya Fariesha (dua kanan) dan Norfara (kanan). Di depannya ialah Aqeesya, anak hasil perkahwinan dengan Norfara. FOTO Nurul Syazana Rose Razman 

 Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 54, bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy, 28, atau Emi.

Salih ketika dihubungi berkata, isterinya itu dijangka akan melahirkan anak pada bila-bila masa minggu ini.

Salih yang juga penyampai radio Sinar FM memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011 dan berita perkahwinannya mendapat tumpuan masyarakat.

Tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini.

Malah hubungan harmoni sesama mereka sering dijadikan contoh lelaki yang ingin berpoligami.

Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.[myMetro]

No comments