#TAHNIAH~Chilok Juara 'Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang'

Kemenangan Chilok pada Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Foto BRIAN MOH/The Star. 

 SHAH ALAM: Kumpulan Chilok membuat kejutan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (SQPBBB) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

 Kemenangan itu sekaligus melayakkan Chilok yang dianggotai oleh Chiwan dan Achok membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

 Peserta solo tunggal iaitu Achey pula memenangi pertandingan sketsa promosi produk Vida Beauty selama tiga minit yang dimuat naik di laman Youtube dan mendapat tontonan paling tinggi.
Persembahan luar biasa Chilok memikat hati juri dan pengundi. 

 Achey menerima wang tunai RM5,000 sebagai ganjaran kemenangannya itu.

 Dua peserta lain yang turut bertanding pada malam tersebut adalah Titan (Ammar dan Issey) dan Bocey (Fad dan Abam).

 Pada peringkat akhir tersebut, kesemua peserta diberikan lapan minit untuk mengadakan persembahan bertemakan 'Puasa dan Raya'.


Peserta solo, Achey berinteraksi dengan barisan juri ketika membuat persembahan. 

 Empat artis jemputan iaitu Amira, Shahrul Shiro, Anaz Ridzuan dan Sharif Zero turut tampil di pentas akhir SQPBBB bagi membantu para peserta mengadakan persembahan.

 Tiga juri yang mengadili kesemua peserta akhir SQPBBB menerusi 50 peratus markah adalah Datuk Seri Vida, Fauziah Ahmad Daud dan Ajai.

 Manakala 30 peratus daripada undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan selebihnya daripada juri awam.

 Program tersebut turut disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi TV3.

 Ia dihoskan oleh AG dan Yana Samsudin.[mStar]

No comments