#RAMADHAN~Amber Chia turut berpuasa

PERBEZAAN agama dan cara hidup tidak menghalang model bertaraf antarabangsa, Amber Chia untuk mengikuti umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

 Menyifatkan ibadah berpuasa yang dijalani umat Islam sebagai salah satu cara diet yang sihat, Amber berkata, dia berazam untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

 Katanya, dia sudah beberapa kali cuba berpuasa dan hanya mampu melakukan selama 10 hari.

 "Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, tapi masalah utama saya, tidak tahan dahaga.

Tetapi saya boleh tahan lapar. Kerana terlalu dahaga, saya jadi tidak bermaya.

 "Tetapi tahun ini saya cuba untuk berpuasa penuh dan saya juga akan merasai bangun sahur.

 "Bagi saya berpuasa membawa kebaikan kepada kita kerana ia adalah salah satu cara diet yang sihat. Ia dapat membantu badan kita detox secara semula jadi," katanya kepada Zass.

 Bukan sahaja bertujuan untuk diet dan kesihatan, Amber berkata, apabila berpuasa, dia secara tidak langsung dan menyelami bagaimana perasaan dan kehidupan sesetengah masyarakat yang hidup susah.

 "Tidak hanya melibatkan kesihatan, bila berpuasa secara tidak langsung, ia membuatkan saya faham, bagaimana rasanya apabila hidup tanpa makanan.

 "Ia mengingatkan saya pada sesetengah masyarakat yang hidup susah dan kadangkala tidak cukup makan," ujarnya.[SH]

No comments