Monday, June 29, 2015

#PENGORBANAN~Isteri Adam Corrie tunai umrah dalam getir

MESKIPUN baharu tiga hari dibenarkan keluar hospital selepas menghadapi pembedahan di perut, ia tidak menghalang isteri Adam Corrie Lee Abdullah, Fazema Mohd Fuad untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersama suaminya.

 Menceritakan pengalaman menunaikan umrah bersama, Adam Corrie, 40, menerusi tulisan di akaun Facebooknya mengagumi kegigihan isterinya dalam menahan sakit untuk bersama menunaikan ibadah kepada ALLAH.

 “Enam hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, bidadari (isteri) saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya. “… doktor bagi cuti sakit selama 44 hari.

Dalam keadaan yang tidak sihat tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah 'Kembara Iman Saudara Baru', bidadari saya pergi juga umrah bersama,” katanya.

 Menurutnya lagi, atas nasihat doktor, Fazema terpaksa menggunakan kerusi roda ketika hari pertama menunaikan umrah.

 “Hari pertama sampai di Mekah saya bantu bidadari saya pakai wheel chair (kerusi roda) tunaikan umrah kerana tak (tidak) boleh berdiri dan berjalan lagi.

 “Hari ketiga, pada pukul 10:30 malam program kami mendaki Bukit Nur atau Jabal Nur pula,” ujarnya.

 Hasrat Fazena untuk terus menunggu di dalam bas sementara jemaah lain mendaki bukit tidak kesampaian apabila bas yang dinaiki sudah berlepas.

 “Bidadari saya kata;"Mungkin ALLAH nak (mahu) kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang hamil 8 bulan.

Tidak ada masalah, Alhamdulillah. “... Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam.

Alhamdulillah.... Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15 malam dengan izin ALLAH,” katanya lagi menerusi tulisannya.[SH]

0 comments: