#PANAS~Filem Jurassic World kena kecam kerana fakta tidak tepat

FILEM sekuel Jurassic Park, Jurassic World arahan pengarah filem terkenal, Steven Speilberg mendapat kecaman daripada ahli paleontologi kerana merasakan fakta mengenai dinasour di dalam filem itu digambarkan secara tidak tepat.

 Memetik laporan Sunday Time, rata-rata ahli paleontologi berpendapat bahawa plot penceritaan serta 'rupa paras' haiwan purba itu diubah sesuka hati, selain menyediakan versi baharu tentang bagaimana makhluk hidup dalam era purba dahulu.

 “Filem Jurassic World sangat mengarut, malah gaya penceritaan dan gambarannya tidak benar dengan apa yang kita percaya sebagai betul.

 “Terdapat juga usaha yang sengaja memperlihatkan rupa berbeza dengan apa yang kita ketahui tentang haiwan-haiwan ini melalui kajian berpuluh-puluh tahun selama ini,” menurut salah seorang Ahli paleontologi dari Universiti Southampton, Darren Naish.

 Katanya gambaran didalam filem itu yang mendakwa haiwan gergasi itu berupa bentuk huduh, berkulit kasar, keras dan hitam, selain 'mengerikan' mungkin tidak benar.

 "Kalau mengikut kajian kami perkara sebaliknya yang berlaku, binatang purba itu memiliki fizikal lebih gebu serta berwarna terang," katanya.

 Manakala menurut salah seorang ahli paleontologi, James Kirkland beliau juga turut menzahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan filem itu.

 “Filem Jurassic Park sebelum ini juga tidak memberi fakta yang tepat sehingga mengelirukan penonton, kini mereka buat lagi perkara yang sama.

Cerita ini tidak sama dengan usaha menggali yang saya lakukan untuk mencari fosil haiwan-haiwan ini," katanya yang sudah terlibat dengan penyelidikan ke atas fosil haiwan gergasi itu selama lebih 20 tahun kepada CBS News.

 Sementara itu, saintis yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan untuk filem tersebut, Jack Horner berpendapat kritikan daripada ahli paleontologi itu sebenarnya pendapat peribadi dan tidak berdasarkan fakta tepat.

 Filem Jurassic World (2015) adalah kesinambungan daripada filem-filem Jurassic yang lalu, iaitu selepas filem Jurassic Park pada 1993, The Lost World: Jurassic Park (1997), Jurassic Park III (2001).

  Jurassic World berkisar 20 tahun selepas peristiwa yang berlaku dalam filem Jurassic Park.

Isla Nublar menjadi latar filem ini selepas dua filem terdahulu menggunakan Isla Sorna sebagai lokasinya.

 Selepas dua dekad, Taman Tema Jurassic World yang terletak di pulau itu telah bersedia untuk menerima kunjungan pelawat.

Ianya dimiliki oleh Masrani Global Corporation. Owen Grady yang bertugas sebagai salah seorang penyelidik di taman tema berkenaan bertanggungjawab memantau perilaku sekumpulan dinosaur dari spesies Velociraptors yang dikenali sebagai Blue, Charlie, Delta dan Echo.

 Atas permintaan pemilik taman tema berkenaan, saintis yang bertugas di pulau ini dipertanggungjawabkan untuk mencipta dinosaur hibrid baru yang dikenali sebagai Indominus Rex sebagai menarik lebih ramai pengunjung.[SH]

No comments