#HOT~Pelakon Air Mata Wan Maimunah Akui Kembali Menjanda

Setelah desas-desus tentang Wan Maimunah dan suaminya, Makpol Saimon dikatakan telah bercerai bertebaran di media semalam, hari ini, aktres tersebut mengesahkan perkara itu.

 Akui Wan Maimunah, 62, dia sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan pengusaha makanan tradisi kacang pool di Johor tersebut semenjak April lalu.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Wan Maimunah Wan Abd Aziz itu enggan mengulas lanjut tentang punca yang menjadi titik tolak kepada perpisahannya itu.

 Ujarnya, ia bagi menghormati keputusan bekas suaminya yang tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

 Sekadar informasi, pelakon yang dikenali dengan watak berat itu telah berkahwin dengan Makpol pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Bharu.

 Apa-apapun, kita doakan yang terbaik untuk Wan Maimunah dan bekas suaminya. – MYNEWSHUB.CC

No comments