#HOT~'Bercinta buang masa!' - Ummi Nazeera

BINTANG berbakat besar, Ummi Nazeera lebih selesa menganggap fasa dalam sesuatu perhubungan sebagai persahabatan sekali gus mengelak daripada menjalin sebarang hubungan percintaan.

 Justeru, wanita berusia 25 tahun ini bersedia untuk menyelami kehidupan bercinta selepas nikah sekali gus menyifatkannya sebagai sesuatu yang lebih indah dan ‘manis’.

 "Di usia ini, tipulah kalau saya kata saya tak berkawan dengan seseorang.

Tapi, bagi saya mudah, selagi saya tak berkahwin dan masih solo, maka saya bukan kepunyaan mana-mana lelaki kerana, saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan.

 "Bagi saya, bercinta hanyalah membuang masa kerana kita tak tahu bagaimana kepada pengakhirannya kepada hubungan tersebut.

Oleh sebab itu, saya cuba sedaya upaya untuk tidak bercinta.

 "Jadi, sebelum berkahwin, saya pilih untuk bersahabat supaya dapat mengenali dengan lebih dekat.

Saya rasa ia (bersahabat) adalah satu proses penting yang perlu dilalui," katanya kepada Zass ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran syarikat pengurusannya, Uprising Entertainment, baru-baru ini.

 Sempena ketibaan Ramadan, Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin mengambil kesempatan untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT dalam memperbaiki kelemahan diri selain meluangkan lebih masa dengan keluarga tersayang.

 "Ini adalah masa terbaik untuk saya meningkatkan amal ibadah.

 "Walaupun tahun ini saya agak sibuk dengan penggambaran, tapi saya akan sentiasa mencari ruang untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti seperti solat Terawih dan berbuka puasa bersama-sama mereka," katanya.

 Dalam perkembangan lain, Umi kini sedang terlibat dalam penggambaran telefilem Cinta Khasidah dan drama bersiri terbarunya, Alif Imani selain berhasrat untuk kembali menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada September depan.[SH]

No comments