#GEMPAR~Komposer filem Titanic maut nahas pesawat

KOMPOSER runut bunyi filem terkenal Titanic, James Horner, 61, maut dalam nahas pesawat di California Selatan.

 Menurut laporan, pesawat satu enjin milik pemuzik yang berusia 61 tahun ini terhempas pagi semalam dekat Quatal Canyon di Los Padres National Forest, kira-kira 100 kilometer dari Los Angeles.

 Pihak berkuasa tempatan berkata, juruterbang pesawat malang yang dipercayai dikendalikan James terbunuh dan tiada penumpang lain di dalam pesawat tersebut.

 Peguam komposer, Jay Cooper berkata, pesawat tersebut kepunyaan James dan tiada sebarang maklumat diterima daripadanya sejak insiden tersebut.

 "Pesawat itu adalah miliknya, dan jika bukan dia di dalam pesawat, pasti dia akan telefon," katanya dipetik Metro.uk 

James adalah seorang komposer prolifik dan mencipta beberapa runut bunyi untuk filem-filem terkenal termasuk Avatar, Troy,How The Grinch Stole Christmas, A Beautiful Mind, Aliens, Braveheart, Apollo 13 dan juga beberapa filem Star Trek.

 Bagaimanapun, karya James yang paling mendapat perhatian ialah runut bunyi filem Titanic, My Heart Will Go On malah pernah memenangi Anugerah Oscar untuk Skor Muzik Asli dan Muzik Asli Terbaik.[SH]

No comments