Monday, May 11, 2015

#GAMBAR~Fahrin Ahmad Kini Suami Kepada Ketua Pramugari

Fahrin Ahmad selamat bernikah dengan ketua pramugari syarikat penerbangan Emirates Airlines Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi 9 Mei di Sime Darby Convention Centre dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Pernikahan ini juga menjawab persoalan mengenai wanita manakah yang bertakhta di hati Fahrin selama ini. Fahrin dan Elena memutuskan untuk membina masjid selepas menjalinkan hubungan cinta kurang daripada satu tahun.

 Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Ustaz Shahriman Ali Pitchay. Fahrin memilih 9 Mei sebagai tarikh pernikahan bersempena dengan tarikh ulang tahunnya yang ke-36.

0 comments: