#PANAS~Benarkah Yana Samsudin tanggung suami?

DUA bulan mendirikan rumah tangga bukan bererti pelakon popular ini terlepas daripada terus menjadi perhatian peminat seni tempatan.

 Walaupun rumah tangga yang dibina tampak bahagia, tetapi timbul pula khabar angin kurang enak mengenai perkahwinannya mereka.

 Kerana kekerapan si suami menemani si isteri di majlis dan program-program tertentu telah menimbulkan ura-ura yang mengatakan si suami menumpang rezeki isteri sepanjang usia perkahwinan mereka.

 Berkesempatan bertemu tuan punya badan pada majlis pelancaran program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Yana Samsudin ketika di aju pertanyaan tersebut masih mampu tersenyum dan ketawa.

 Tidak mudah melenting dengan khabar angin sedemikian, ujar pelakon Wawa Semput itu, dia tidak tahu mengapa gosip sedemikian ditujukan kepadanya.

 "Mungkin kerana dia sering menemani saya, mereka melihat dia seperti tidak bekerja dan ada kerjaya.

 "Lagipun dia seorang yang 'low profile' dan tidak suka menunjuk apa yang dilakukannya," kata Yana mengenai suaminya Fadzil Zahari.

 Jelas Yana, khabar angin mengatakan dia yang menanggung suami adalah tidak benar sama sekali.

 "Semua orang hanya kenal dia sebagai adik kepada Farid Kamil, yang lain orang tidak tahu.

 "Sedangkan suami saya mempunyai syarikat pengiklanan dan agensi bakatnya sendiri.

 "Malah dia juga kini dalam proses menerbitkan sebuah cerekarama terbaharu di bawah syarikatnya itu untuk siaran di TV3 yang berjudul Kapal Kertas," jelasnya

Fadzil adalah pemilik kepada Prokuya Studio Sdn. Bhd.

 Pada masa sama, Prokuya Studio turut menguruskan beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Diana Danielle.

 Kata empunya nama Norliana Samsudin ini, bagaimanapun, bukan sepanjang masa Fadzil menemaninya.

 "Adakala, jika dia perlu menguruskan Diana, dia tidak akan bersama saya.

Dia juga punya urusan sendiri, tetapi bila ada kelapangan dia akan mengikut saya," katanya turut bernaung di bawah syarikat suaminya itu.[SH]

No comments