#GOSIP PANAS~Syatilla Akui Selesa Disamping Shaheizy Sam

EKORAN dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Shaheizy Sam, nama pendatang baharu, Syatilla Melvin kembali hangat diperkatakan.

 Mengakui selesa berkawan dengan aktor terkenal itu, Syatilla bagaimanapun masih belum berfikir jauh mengenai hubungan mereka.

 "Saya berkawan baik dengannya. Malah, hubungan kami juga rapat. Tipulah, kalau saya katakan saya tidak rapat dengannya.

 "Bahkan, kami kerap keluar bersama-sama sekiranya masing-masing ada masa terluang.

Tapi, kami bukanlah keluar berdua sebaliknya akan ada kawan-kawan lain bersama.

 "Untuk ke fasa seterusnya, biarlah perkara itu keluar daripada mulutnya sendiri," katanya ketika ditemui Zass selepas majlis memperkenalkan peserta akhir Dewi Remaja 2014/2015, kelmarin.

 Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun itu menganggap pertandingan Dewi Remaja adalah sebagai satu platform terbaik dalam mencipta nama di dalam bidang seni.

 "Penyertaan dalam pertandingan itu sangat membantu terutamanya mereka yang sememangnya minat untuk melebarkan sayap dalam bidang seni.

 "Ia merupakan salah satu laluan yang sangat bagus dan sesuai untuk menunjukkan bakat yang terpendam," katanya yang turut mencipta nama menerusi pertandingan tersebut pada 2010.

 Bagaimanapun, pelakon drama BFF...Teman Tapi Mesra ini memberitahu, penglibatannya dalam lakonan hanya bermula selepas hampir tiga tahun pertandingan Dewi Remaja tamat.

 "Pada mulanya, saya tiada keyakinan untuk tampil di depan umum.

 "Tapi, dengan hasil sokongan daripada ibu bapa menguatkan semangat saya untuk cuba berlakon.

 "Malah, sehingga ke hari ini, saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang pelakon yang bagus," katanya.

 Biarpun selesa menjayakan watak antagonis, Syatilla mengakui dia teringin untuk membawakan pelbagai watak lain sekali gus mencabar keupayaannya dalam bidang lakonan.

 "Saya akui saya selesa dengan watak jahat.

Malah, saya tak kisah jika peminat mengenali saya dek karakter tersebut.

 "Walaupun watak jahat sering dibenci khalayak, tapi sebenarnya untuk membawanya cukup susah apatah lagi ada pelbagai karakter jahat yang perlu dipelajari.

 "Sebagai pelakon, saya juga sanggup menerima pelbagai watak sekalipun karakter itu perlu menampilkan wajah yang hodoh," katanya.

 Dalam perkembangan lain, Syatilla kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Isteri Luar Biasa dan Hip Stanza Fitri.[SH]

No comments