Thursday, February 5, 2015

#DOA~Mazidul Akmal Sidik makin pulih daripada strok

Mazidul Akmal Sidik semakin pulih selepas diserang angin ahmar atau strok sekitar Jun 2014. - Foto Penyingkap Fakta 

 SHAH ALAM - Keadaan kesihatan wartawan senior dan juga blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidik dilaporkan makin pulih selepas diserang angin ahmar Jun lalu.

 Memetik catatan di Facebook 'Penyingkap Fakta', keadaan Mazidul dilihat sihat, berpakaian baju Melayu berwarna hijau lumut, lengkap bersongkok, ketika memeriahkan majlis perkhawinan adik iparnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

 “Alhamdulillah.. Beliau semakin pulih daripada strok yang menyerang beliau pada bulan Jun 2014.

Kami akan sentiasa kekal teguh bersamamu walau dalam apa jua keadaan", kenyataan itu dipetik, hari ini.

 Sementara itu, memetik laporan blog Isuterkini, tim blog berkenaan turut berkesempatan untuk menziarah Mazidul baru-baru ini.

 Laporan itu dipetik, isteri Mazidul, Fazlin dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berputus asa dalam membantu memulihkan suaminya. Ibu kepada dua anak itu menambah beliau yakin suaminya akan pulih seperti sedia kala.

 Berkongsi perkembangan kesihatan Mazidul, Fazlin berkata Mazidul semakin aktif dan perkembangan kesihatannya berada pada tahap yang amat baik.

 Tambah Fazlin, biarpun Mazidul masih menggunakan kerusi roda, perkembangan itu adalah jauh lebih baik daripada sebelumnya.

 Menurut isterinya, bekas pengacara proram 999, terbitan TV3 itu juga sudah mampu berdiri dan berjalan menggunakan tongkat, sebagai alat sokongan.

 "Jika sebelum ini lihat dia baring atas katil, tapi alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, kini keadaannya jauh lebih baik apabila sudah mampu mengerakkan anggota badannya, bangun dan duduk bagaimanapun pergerakannya masih agak terbatas,” katanya.[SH]

0 comments: