Tuesday, January 13, 2015

#TAHNIAH~'Tangis Sebatang Tamar' Juara Anugerah Nasyid Ikim FM 2014

PUTRAJAYA: Lagu nyanyian Daqmie berjudul Tangis Sebatang Tamar muncul sebagai Juara Nasyid Terbaik Anugerah Nasyid Ikim FM 2014 (ANI 2014) pada acara yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu.

Lagu hasil tulisan Ito Lara itu turut berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Lirik Terbaik.

 Daqmie turut membawa pulang trofi vokal terbaik pada malam itu.

 Dengan kemenangan itu, Daqmie berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pakej umrah, penapis air kalsium berkolagen, baucer buku dan trofi yang kesemuanya bernilai RM40,000.

 Naib juara pula menjadi milik kumpulan Nowseeheart menerusi lagu Seiring Sehaluan dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta hadiah bernilai RM30,000 iaitu pakej umrah, penapis air kalsium berkolagen, baucer buku dan trofi.

 Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hafiz Hamidun menerusi lagu Kasih Padamu dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta hadiah sampingan iaitu pakej penginapan hotel, baucer buku dan trofi bernilai RM20,000.

 Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Datuk AC Mizal dan Mawi menerusi lagu Al Haq Yang Satu.

 Sementara itu, Hafiz turut memenangi tiga trofi pilihan pendengar Ikim FM iaitu Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta dan Lagu Pilihan Penengar menerusi lagu Kasih Padamu selain Artis Solo Pilihan Pendengar.

 Manakala Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta dimenangi lagu Tangis Sebatang Tamar nyanyian Daqmie.

 Artis Baru Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Du'a dan Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar dimenangi oleh Nowseeheart.

 Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 serta trofi dan baucer buku bernilai RM1,000.

 ANI 2014 dihoskan oleh Amin Idris dan Heliza Helmi.

 Terdahulu, penyanyi terkenal Datuk Hattan dan Tomok tampil mengadakan persembahan pembukaan menerusi lagu Kau Yang Satu dan Bila Tiba.

 Antara artis undangan lain adalah Alif Satar dan Noh Salleh.[mStar]

0 comments: