#PANAS~Ikutkan hati esok saya nak kahwin Hanis Zalikha - Hairul Azreen

HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada konsert akhir Gegar Vaganza yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam tadi. - Foto Adi Safri 

KUALA LUMPUR: Semalam kisah lamaran Hairul Azreen kepada kekasih hatinya, Hanis Zalikha ketika berlangsungnya pertandingan akhir Gegar Vaganza mencuri tumpuan penonton di kaca televisyen menerusi saluran Astro Ria yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

 Ada yang melihat gimik itu tidak kena pada masanya kerana ia seakan menjejaskan perhatian penonton yang begitu teruja menyaksikan peserta akhir pertandingan.

Tapi atas paksi meraih rating, apa saja gimik boleh dilakukan stesen TV.

 Kisah lamaran itu mengulangi kisah lamaran Awal Ashaari kepada Scha Alyahya sekitar 2012 dalam program Propaganza.

 Hairul yang dihubungi BH Online sebentar tadi merungkaikan serba sedikit persoalan mengapa beliau sanggup melamar sebegitu terhadap wanita pujaannya itu.

 "Kisah lamaran ini disuarakan sendiri Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli sekitar tiga bulan lalu. Masa itu, saya sendiri pun tak tahu bagaimana rupanya program Gegar Vaganza ini.

Abang Raqim tanya saya bila nak kahwin dengan Hanis.

 "Ikutkan hati memang saya selesa dengan Hanis dan merancang untuk menikahi dia. Daripada situ timbul idea lamaran ini daripada Abang Raqim.

Cuma dari awal saya berbelah bagi, okey ke nak buat gimik sebegini dan apa pula perasaan peserta pertandingan itu.

 "Saya sendiri pernah menjuarai pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia. Tapi selepas berfikir panjang dan pihak Astro sendiri begitu berminat, saya menerima saja idea ini.

Saya dimaklumkan akan muncul pada slot persembahan kumpulan Kristal," katanya.

 Menurut Hairul, kekasihnya yang turut dikenali dengan nama Keknis itu tidak tahu menahu langsung mengenai lamaran yang disaksikan secara langsung malam tadi.

 Malah Hairul berjumpa keluarga kekasihnya itu ketika Hanis berada di Jepun menjalani penggambaran sebuah drama.

 "Bayangkan selama tiga bulan itu juga saya terpaksa berlakon supaya apa yang dirancang selama ini tidak kantoi. Keluarga Hanis pun terpaksa berlakon.

Alhamdulillah, biarpun ada yang melihat gimik itu sebagai tak wajar, saya ada pendirian sendiri.
HAIRUL Azreen dengan kekasih hatinya, Hanis Zalikha. - Foto Adi Safri 

"Gambar saya muat naik di laman Instagram pun ramai peminat yang cakap apa yang saya lakukan itu sangat 'sweet' dan akhirnya mereka mengaku juga bercinta.

Bagi saya kalau ada yang fikir negatif itu biasalah. Ada yang suka dan ada yang tak suka kita.

 "Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Niat saya hanya mahu meyakinkan cinta saya kepada Hanis sangat tulus.

Dari berkawan sejak 2004 hingga mula mesra setahun lalu dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan membuka studio penggambaran bersama," kata Hairul yang membuka studio diberi nama Hello Studio di Equine Park bersama Hanis sejak tiga bulan lalu.

 Tambah Hairul lagi, lamaran yang dilakukannya itu sebagai bukti mengotakan janjinya kepada semua orang termasuk rakan media yang selama ini tertanya-tanya status hubungan mereka selama ini.

 "Alhamdulillah sampai juga masanya untuk saya beritahu isi hati saya selama ini kepada Hanis. Saya beruntung menjadi yang terpilih untuk melakukan semua ini daripada pihak Astro.

Saya bukan popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz pun.
HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada konsert akhir Gegar Vaganza yang dipancar secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam tadi. - Foto Adi Safri 

"Cincin tanda yang saya berikan kepada Hanis pun tidak disarungkan sendiri sebaliknya Jihan Muse yang mengambil peranan.

Saya pun tidak melutut untuk melamarnya kerana ia bukan budaya kita orang Melayu," katanya.

 Saat ini, Hairul hanya menunggu masa yang sesuai untuk membincangkan hal perancangan perkahwinan mereka dengan keluarganya dan keluarga Hanis.

Tetapi Hanis ketika ini sedang sibuk dengan kerja lakonan.

 "Ikut hati saya, esok nak kahwin tapi hal ini bukan perkara mainan. Kita kena bawa berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya.[BH Online]

No comments