Friday, December 12, 2014

#TAHNIAH~Puteri Balqis Menang Pelakon Wanita Asia Terbaik Di Asian Television Awards

KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang berlangsung di Singapura malam tadi.

 Balqis dicalonkan menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima yang disiarkan di TV3.

 Pelakon berusia tujuh tahun itu menewaskan pelakon lebih senior dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan termasuk pelakon drama Serangoon Road drama terbitan HBO Asia.

 Sebelum ini, Balqis memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin yang berlangsung November lalu.

 Antara drama ikonik yang dibintangi Balqis termasuk Saloma dan Anak Lorong.

 Ini merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam kategori lakonan.

Kemenangan pertama berpihak kepada pelakon Janet Khoo yang memenangi Pelakon Komedi Terbaik menerusi drama Mat Dom Teksi terbitan RTM pada tahun 2006.

0 comments: