Thursday, December 11, 2014

#PANAS~Sharnaaz jawab isu arak

MUNGKIN ramai yang menyedari, pelakon Sharnaaz Ahmad bersama Hanis Zalikha dan Mimi Lana, kini berada di Jepun bagi menjalani penggambaran drama, Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa.

 Gara-gara sekeping gambar membeli-belah di sebuah pasaraya di sana, Sharnaaz dikecam hebat kerana ramai pihak mempertikaikan arak berjenama Asahi yang dikatakan berada dalam trolinya.

 Menerusi aplikasi WhatsApp, pelakon yang terkenal menerusi watak Farish dalam Suamiku Encik Sotong ini menyifatkan isu tersebut sengaja diada-adakan bagi mencari kesalahannya.

"Kesalahan orang kalau cari memang seronok kan, tapi ada tak kita lihat kesalahan diri sendiri?

 "Saya lebih pentingkan kerja saya daripada benda macam ini. Salam dari Jepun," ujarnya yang enggan mengambil pusing mengenai isu tersebut.[mStar]

0 comments: