Friday, December 19, 2014

#PANAS~Izreen Azminda Berkemban Di Khalayak Ramai?

Artis bila berkemban.. pasti akan mengundang kontroversi hingga dikritik peminat.

Gambar-gambar berkemban akan gah tersiar di dada akhbar dan internet.

Demi meneruskan kerjaya,artis-artis terpaksa menahan rasa bila dikritik.

Dah lama artis kita tak berkemban sehinggalah baru-baru ini Izreen Azminda terpaksa berkemban di dikhalayak ramai pentas teater untuk menjayakan watak Galuh Cendera Kirana, puteri kerajaan Majapahit dalam teater ‘Takhta 3 Ratu’ yang mulai dipentaskan sejak 14 Disember lepas.
(gambar hiasan) 

 Izreen bagaimanapun punya justifikasi sendiri tentang wataknya dalam teater itu yang diarahkan oleh Eirma Fatima.
Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian.

Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.
Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut.

Saya buat berdasarkan logik cerita. Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tidak kena. Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif.

 Selain Izreen, ‘Takhta 3 Ratu’ membariskan pelakon seperti Erra Fazira, Soo Wincci, Awie, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Azree Iskandar, Datuk Rahim Razali, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Teater ini sedang dipentaskan di Istana Budaya.

Credit

0 comments: