Monday, December 15, 2014

#GOSIP~"Ada Yang Cemburu Hubungan Saya Dengan Izreen Azminda" - Amar Baharin

Amar lebih selesa jadi kawan rapat Izreen Azminda 

 PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta.

 Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini.

 "Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka.

 "Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya kepada mStar Online.

 Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Izreen Azminda 

 Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih.

 Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi.

 "Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta.

 "Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila," ujarnya.

 Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015.

 Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran.

 "Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan.

Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula," ujarnya.[mStar]

0 comments: