#AURA~Datuk Siti Nurhaliza kongsi tips kecantikan

Memulakan kariernya dengan menyertai Bintang HMI pada tahun 1995, wajah keanak-anakan penyanyi terkenal Malaysia ini masih kekal cantik sehingga hari ini.

 Siapa yang tidak mengenali ikon negara ini?

Masih kekal cantik dan bakat nyanyiannya sukar di tandingi. Datuk Siti Nurhaliza di antara artis Malaysia yang mempunyai wajah yang jelita apabila mendapat undian yang tertinggi sebagai Artis Wanita Jelita menerusi Pilihan Pembaca Media Hiburan pada tahun 1997.

 Apa sahaja mengenai penyanyi ini, pastinya akan menjadi inspirasi oleh para wanita kerana beliau bukan sahaja cantik malah baik dari budi pekertinya hinggalah ke penjagaan wajahnya pasti akan menjadi ikutan.

 Penyanyi ini juga memiliki produk kecantikannya sendiri, SimplySiti untuk para wanita yang ingin menjaga kecantikan kulit dan wajah.

 Jom ketahui tips kecantikan dari Datuk Siti yang dipetik daripada majalah Eh!.

 Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek? 

 Bedak 2 Way Cake SimplySiti, Duo Blusher SS, penggaris kening, lipstick dan penggilat bibir SimplySiti.

 Apakah kesilapan paling besar tentang solekan yang anda rasa setiap orang perlu tahu dan elakkan?

 Pemilihan warna solekan dengan warna kulit. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang pakar dalam solekan kerana tidak semua warna yang anda suka bersesuaian dengan warna kulit.

 Apakah nasihat anda buat mereka yang baru mula-mula mahu mencuba bersolek? 

 Perlu tahu penggunaan dan kesesuaian bergantung pada kulit dan acara.

 Bagaimana solekan boleh merubah perasaan anda terhadapa diri sendiri? 

 Solekan juga mampu menonjolkan kelebihan seseorang selain menutup kekurangan yang ada pada wajah. Dengan solekan yang tepat akan membuatkan anda lebih yakin cantik dan ceria.

 Apakah masalah utama rambut anda?Dan bagaimana pula anda mengatasinya? 

 Berminyak dan dihujungnya kering. Sejak bertudung terutamanya kulit kepala lebih kerap berminyak akibat peluh jadi saya akan lebih kerap mencuci rambut. Untuk rawatan rambut kering pula saya lakukan pupur rambut di salun.

 Bagaimana anda menjaga rambut?Mungkin ada sebarang petua tradisi? 

 Pilih syampu yang sesuai dan pastikan rambut betul-betul kering sebelum memakai tudung bagi mengelakkan rambut berbau dan rosak. Gunakan serum yang sesuai untuk perawatan rambut.

 Jika diberi kebebasan untuk mencuba gaya pototngan atau warna rambut, apakah gaya pilihan anda?

 Saya sukakan potongan rambut Farrah Fawcett dan warna brunett. Seksi kan?

 [Sumber Foto: Eh]

No comments