#AL-FATIHAH~Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, jam 8.38 pagi tadi.

Pemilik nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad ICU hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

 Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zohor.

Suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

No comments