Tuesday, November 25, 2014

#PANAS~Neelofa Kongsi Gambar Cincin Pemberian ‘Love Of Her Life’?

KALAU dah namanya selebriti, apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial pasti mengundang perhatian daripada peminat serta pengikut setia mereka di laman-laman sosial.

 Begitu juga terjadi kepada Neelofa, gara-gara memuat naik gambar sebentuk cincin bertatahkan berlian, terus ramai peminat membuat andaian si cantik manis ini sudah pun dirisik oleh seseorang yang istimewa.
Tapi sampai sekarang, Neelofa tak pernah memberikan klu seolah-olah dirinya kini sudah berpunya sejak berpisah dengan Hans Isaac, beberapa bulan lalu.

 Bagaimanapun dengan menulis kapsyen LOML yang merupakan singkatan kepada Love of My Life, mungkinkah benar Neelofa sudah dirisik?

 Sebelum ini namanya pernah dikaitkan dengan kerabat diraja dari sebuah negeri Pantai Timur, tapi sehingga ke hari ini Neelofa tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu walaupun pernah berjanji akan menjelaskannya sebelum ini.

 Takpelah, kita tunggu dan lihat sahaja pengumuman Neeolofa, mungkin dalam masa terdekat ini dia bakal merungkai segala-galanya untuk menjawab segala spekulasi yang melanda. - MYNEWSHUB.CC

0 comments: