Monday, September 8, 2014

#TERKINI~Rise (Ladies Code) Menyusul EunB Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Rise meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke hsopital ekoran mengalami kecederaan parah dibahagian kepala akibat kemalangan pada 3 September lalu. 

 ANGGOTA kumpulan Ladies Code iaitu Rise disahkan meninggal dunia pada Ahad selepas empat hari dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dibahagian kepalanya akibat kemalangan ngeri pada minggu lalu.

 Soompi melaporkan Rise, 23, gagal bertahan dan memberi respon positif terhadap rawatan yang diterimanya sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi waktu di Korea Selatan.

 Terdahulu peminat dikejutkan dengan kematian EunB daripada kumpulan sama selepas van yang mereka naiki mereka pada 3 September lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

 EunB meninggal dunia ditempat kejadian sementara empat anggota lain mengalami kecederaan termasuk Rise yang parah.

 "Biarpun sudah menjalani pembedahan namun kecederaan serius pada bahagian kepala Rise membuatkan dia tidak dapat bertahan.
EunB meninggal dunia ditempat kejadian. 

 BACA:#GEMPAR~EunB (Ladies Code) Terbunuh Akibat Kemalangan 

 "Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.

 Dalam pada itu, keluarga dan kenalan terdekat berada disamping Rise sebelum mendiang meninggal dunia.

 Bagaimanapun pihak pengurusan Rise tidak dapat mengesahkan buat masa ini lokasi pengebumian akan dilakukan. 

"Kami kehilangan dua anggota Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," katanya lagi.[mStar]

0 comments: