Friday, August 29, 2014

#PANAS~Ayda Jebat Punca Zul Ariffin Dan Kekasih Berbalah?

Gandingan Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus ternyata menimbulkan fenomenanya yang tersendiri di mana peminat-peminat mula mengandingkan mereka berdua bercinta di luar drama.

 Namun, seperti yang diketahui Zul kini sedang bercinta dengan penerbit rumah produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

 Mengulas mengenai dakwaan mengatakan Ayda merupakan punca kepada perbalahan di antara Zul dan kekasihnya, Ayda menjelaskan dia langsung tak ambil tahu mengenai hal peribadi Zul.

 Semua kemesraan yang ditunjukkannya dengan Zul hanyalah merupakan salah satu daripada cara mempromosikan drama tersebut kepada penonton.

 “Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.

 “Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,” ujarnya dipetik Sinar Harian.
Kesian Gaya, pasti serba sedikit tentu terasa hati apabila ramai pihak sibuk-sibuk nak gandingkan kekasih hatinya dengan wanita lain.

 Kadang-kadang peminat ni pun terlalu dibuai fantasi novel dan drama bersiri sehingga tak boleh berfikir yang Zul dan Ayda hanya berlakon bercinta, bukannya betul-betul bercinta di luar drama.

Tak gitu? - MYNEWSHUB.MY

0 comments: