Thursday, August 21, 2014

#HEBAT~Penduduk Shanghai Dikejutkan Dengan Lakon Aksi Lawak Terbaharu Mr. Bean

DIA seorang lelaki Britain yang terkenal di serata dunia, malah lebih popular daripada pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

 Oleh itu, tidak hairanlah apabila kemunculannya di lapangan terbang di China menimbulkan suasanan gamat dan sukar dikawal.
Individu istimewa ini adalah Mr Bean atau Rowan Atkinson - seorang lelaki yang dianggap 'bodoh' oleh semua orang di dunia ini gara-gara wataknya dalam lakonan.

 Mr Bean muncul di Shanghai bagi membawak watak dalam satu iklan televisyen yang belum diketahui.
Seperti biasa, lelaki ini memakai jaket, baju putih dan tali leher merah. Apabila Mr Bean muncul di lokasi pengambaran iklan tersebut, tiada individu yang tidak berminat terhadapnya .
Orang awam, polis bantuan, wartawan dan kru pengambaran sendiri tergila-gilakan lelaki ini - semuanya kerana ingin melihat kelibatnya yang kelakar.

 Berikutan pengambaran tersebut, penduduk di China kini menunggu iklan berkenaan diterbitkan bagi mengikuti aksi lawak terbaharu lelaki terbabit.
-mStar-

0 comments: