Tuesday, July 22, 2014

#GEMPAR~Yusof Haslam masuk wad selepas muntah dan sakit bahagian perut

ANAK Yusof, Mohd Syamsul (kiri) memberi kata semangat pada bapanya ketika mendapatkan rawatan, semalam. 

 Kuala Lumpur: Produser dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam menjalani rawatan laser membuang batu karang di Hospital Pakar Tawakkal KPJ, semalam. Yusof, 59, berkata, beliau mengalami muntah dan sakit di bahagian perut di kediamannya di Hulu Klang sehingga menyebabkan kencing berdarah pada awal pagi semalam dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

 “Pada jam 5 pagi, saya mengalami tidak sedap badan sehingga muntah dan berguling kerana tidak tahan menahan sakit.

Selepas makan ubat, saya mengalami kencing berdarah dan bergegas ke hospital jam 9 pagi,” katanya di sini, semalam.

 Menurutnya, sebaik mendapatkan rawatan di hospital dan ditempatkan di wad, doktor memaklumkan dia mempunyai batu karang yang memerlukannya menjalani pembedahan menerusi teknologi laser.

 “Saya tidak mempunyai kencing manis mahupun darah tinggi.

Ini pengalaman pertama saya diserang batu karang dan doktor menyatakan ia boleh berpunca daripada kurang minum air masak,” katanya.[myMetro]

0 comments: