#PANAS~Amy Search keluarkan kata-kata kesat di laman sosial anaknya

KUALA LUMPUR: Mungkin tahap kesabaran bapa kepada Nabila Huda iaitu rockers Amy Search tidak dapat ditahan lagi apabila dia dilihat telah memberikan komen pada salah satu foto yang dinaikkan anaknya pada pagi Jumaat.

 Menerusi foto yang dikomen Amy jelas menunjukkan perasaan marahnya apabila perkataan kesat seperti p*k*** dan b**i telah dikeluarkan.

 Komen Amy adalah sekadar mengingatkan Nabila kerana anaknya itu dilihat semakin galak memuatnaik foto percutiannya bersama kekasih di luar negara itu setiap saat.

 Selain memberi ingatan kepada anaknya Amy turut meluahkan rasa tidak berkenan kepada sikap kekasih Nabila.

 Ini antara komen Amy Search yang merupakan pemilik akaun @akuamysearch di Instagram:
Gambar yang menimbulkan kemarahan Amy Search 

 Foto tersebut menunjukkan Abil dan kekasihnya berdiri di sebuah titi atau jambatan berhampiran laut, mereka saling mengadap, namun wajah kedua-dua mereka tidak didedahkan.

 Foto dan komen Amy itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya di Instagram apabila memberikan komen-komen berunsur nasihat.

 Mungkin terkesan dengan komen yang ditulis Amy, Nabila telah menegur perbuatan bapanya itu menerusi laman Twitter.
Credit:CanangLahNie

No comments