Wednesday, June 4, 2014

#HEBAT~Video "Gangnam Style" Kini Telah Mencapai Lebih 2 Bilion Tontonan Di Youtube

Video penyanyi terkemuka Korea, PSY – Gangnam Style, telah menjadi fenomena di seluruh dunia terutama yang sering melayari Youtube atau penggemar K-Pop.

 Apa yang menarik, perkataan ‘Oppa’ digunakan oleh perempuan untuk merujuk kepada lelaki yang lebih tua, yang bermaksud abang.

 Gangnam pula merupakan nama satu tempat di Korea yang bermaksud selatan “south of the river”.

 Selepas menjadi video pertama yang mencapai 1 bilion tontonan pada bulan Disember 2012 yang lepas, hari ini PSY sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri di platform YouTube apabila ia mencapai jumlah tontonan seluruh dunia sebanyak 2 bilion tontonan. 

Video PSY “Gangnam Style” sebelum ini telah dimuat-naik pada 15 Julai 2012 dan menjadi antara video yang popular pada tahun 2012 selain mencapai jumlah tontonan tertinggi dalam masa yang pantas.

 Seperti sebelum ini, pihak Google memaparkan sebuah ikon animasi khas bersebelahan dengan pengiraan jumlah tontonan untuk video berkenaan sebagai tanda meraikannya.

 Pengguna juga boleh klik pada ikon tersebut, dan ia akan memaparkan kiraan dalam masa-nyata pada bahagian atas halaman YouTube berkenaan.

0 comments: