#TAHNIAH~Erin Malek & Redha Rangkul RM 200 000 Sebagai Juara Fear Factor Malaysia 2

Akhirnya setelah mengharungi pelbagai kepayahan hingga terpaksa memakan makanan busuk seperti lidah kambing, telur busuk dan sebagainya, pasangan Erin Malek dan Redha berjaya muncul sebagai juara Fear Factor Malaysia 2.

 Mereka berdua memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 sekaligus menewaskan Nas-T dan Kairul pada peringkat akhir semalam.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.
"Sokongan ibu bapa dan rakan-rakan adalah pendorong saya sepanjang berada dalam program ini.

 "Selain itu kerjasama yang baik dan persefahaman yang terjalin diantara rakan sepasukan, Redha merupakan kekuatan utama saya," katanya ketika ditemui media di PickNik, Publika.
"Saya bertuah berpasangan dengan Erin kerana dia adalah rakan sepasukan yang baik.

 "Salah satu kunci kejayaan kami adalah kerana persefahaman yang kuat dan komunikasi yang bagus antara saya dan Erin.

 "Walaupun ada cabaran yang nampak mudah tapi sebenarnya sukar dan Erin telah membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu untuk melakukan cabaran tersebut," ujar Redha yang menyifatkan kemenangan tersebut sebagai usaha sama erat antara mereka berdua.
Credit:myartis.com

No comments