#PANAS~Mahkamah tangguh permohonan cerai Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan pelakon, Abby Abadi terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 11 Jun ini.

 Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh itu selepas terdapat satu lagi lafaz yang belum difailkan dan disahkan oleh mahkamah.