#PANAS~Jennifer Lawrence wanita paling seksi 2014

Jennifer Lawrence 

Nama bintang Hunger Games, Jennifer Lawrence, terus gemilang tahun ini.

Bukan hanya diperakui bakatnya pada hampir setiap majlis penghargaan, aktres berusia 23 tahun itu turut meraih gelaran Wanita Paling Seksi 2014 menerusi undian dijalankan majalah FHM.

 Sekali gus, Lawrence menewaskan Mila Kunis selaku pemenang yang menjadi pilihan pembaca tahun lalu, selepas undiannya mendahului ramai wajah popular lain.

Tahun lalu, beliau sekadar berada di tangga ke-20.

 Lawrence yang terkejut dengan gelaran berkenaan berkata, seksi bukan semestinya harus memiliki bentuk tubuh sempurna atau bersolek tebal, sebaliknya perlu berasa selesa dan yakin terhadap diri sendiri.

 Kunis selaku pemenang tahun lalu kali ini hanya berada di tangga keenam, manakala tempat kedua diisi Michelle Keegan, diikuti oleh Rihanna, Emily Ratajkowski, Kaley Cuoco, Kunis, Beyonce Knowles, Lucy Mecklenburgh, Nicole Scherzinger dan Scarlett Johansson.[BH]