#TAHNIAH~Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3 'I Am A Singer 2014' Di China

Shila Amzah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014. 

 Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat.

 Juara program itu pula dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.

 Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

 Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey.
Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 

 Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

 Sebelum mara ke pusingan akhir, Shila menyertai program berkenaan pada minggu ketujuh (21 Februari lalu) dengan menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua.

 Kemudian penyanyi itu meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).

 Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.[mStar]