#PANAS~Rumah mewah terbaru Selena Gomez

DIKHABARKAN, bintang kecil molek, Selena Gomez, baharu sahaja membeli rumah mewah di Hollywood Hills.

 Rumah itu dikatakan bernilai RM9.8 juta dan memiliki lima bilik tidur yang luas.

Malah, rumah mewah berkenaan agak berdekatan dengan kediaman mewah, Klan Kardashian di Hidden Hilss.

 Sebelum ini, Gomez, mencari rumah di kawasan Calabasas The Oaks, di mana daerah kediaman bekas kekasihnya, Justin Bieber.

 "Saya teruja untuk memiliki rumah ini kerana kawasannya sangat cantik dan indah!," katanya.

 Selain itu, Gomez turut memiliki rumah lain yang dibeli pada 2011 di Los Angeles.