#PANAS~Park Jin Hee Pilih Lelaki Muda Sebagai Suami

PELAKON Park Jin Hee bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang peguam yang lima tahun lebih muda daripadanya pada Mei depan.

 Portal Soompi melaporkan, aktres itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mendapat kebenaran daripada syarikat pengurusannya, Costar Entertainment.

 Jurucakap syarikat berkenaan dalam satu kenyataan bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh sebenar atau lokasi perkahwinan itu bakal diadakan.

 "Pihak kami perlu berbincang terlebih dahulu mengenai tarikah dan lokasi perkahwinan dan ia akan diumumkan kemudian," kata jurucakap berkenaan.

 Malah Jin Hee atau pengurusannya tidak mendedahkan secara terperinci siapakah lelaki yang berjaya menambat hati pelakon itu.

 "Calon suami Jin Hee adalah seorang peguam yang lebih muda daripadanya dan mereka pertama kali bertemu semasa penggambaran sebuah drama.

 "Kenalan kepada Jin Hee memperkenalkan mereka dan hubungan yang berlangsung selepas itu bakal berakhir dengan perkahwinan," ungkapnya lagi.

 Selain drama bersiri Classic War of Money, Jin Hee turut dikenali menerusi karya seperti Whispering Corridors dan Giant.