Wednesday, April 23, 2014

#PANAS~'Fesyen Telletubies' Rabecca Nur Islam dikritik peminat

WALAUPUN sudah tampil dengan imej baru yang berhijab, pelakon Rabecca Nur Al Islam atau Becca, masih tidak henti dipalit kontroversi.

 Terdahulu, Neelofa pernah mendapat kritikan hebat peminat industri hiburan tanah air apabila mengenakan ‘jumpsuit’ di suatu majlis penyampaian anugerah sehingga digelar fesyen makhluk asing, kali ini Becca turut menerima nasib yang sama.

 Baru-baru ini gambarnya mengenakan ‘jumpsuit’ ketat rona merah yang mengikut bentuk badan tersebar luas di laman sesawang.

 Gambar tersebut diambil daripada akaun Instagram milik Becca yang mengenakan fesyen tersebut ketika menghadiri sambutan hari lahir rakannya di sebuah hotel terkenal.

 Ternyata pakaian yang dikenakan mengundang reaksi kurang senang peminat, apatah lagi pelakon Dejavu Di Kinabalu ini telah ‘berhijrah’ dan baju yang menonjolkan susuk tubuhnya itu tidak bersesuaian dengan imej seorang Muslimah.

 Lebih tidak disangka, ada peminat menyifatkan ‘jumpsuit’ tersebut sebagai ‘fesyen Telletubies’, menyamakan baju Becca dengan salah satu watak dalam rancangan kanak-kanak popular itu.

 Mendapat kritikan hebat dari orang ramai, Becca yang dihubungi, bagaimanapun menyatakan dia sedang tidak sihat dan enggan memberi sebarang komen tentang bajunya itu.

 Jawapan yang sama diberikan apabila diajukan soalan bagi mengesahkan Becca sebagai individu dalam gambar tersebut.

 “Saya tak nak komen apa-apa sebab tengah demam dan sakit tekak. Lagipun saya tak tahu apa-apa pun tentang isu yang tersebar ni,” katanya.

 Yang pasti, pakaian seksi sememangnya ironi dengan konsep menutup aurat dan beberapa komen di laman sosial jelas menunjukkan maklum balas negatif peminat terhadap ‘jumpsuit’ yang dikenakan Becca.[SH]