#PANAS~Zatul Mentor kecewa dan terkejut Mohd bebas tuduhan merogol

Bekas peserta program Mentor musim keenam, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, mengakui terkejut dan kecewa kerana Mohd dibebaskan dari sebarang tuduhan merogol.

 Bagaimanapun, Zatul menerusi mStar enggan mahu memberikan ulasan panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan pihak polis berpihak kepada bekas teman lelakinya, Mohd Izwan Mohd Nor, 28.

 "Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini.

Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya."

 "Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian."

 "Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah."

 Untuk pengetahuan, sebuah akhbar tahun lepas melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

 Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan didakwa dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang.