Sunday, March 16, 2014

#KHABAR SEBERANG~Ayu Dewi utamakan anak

MODEL seberang, Ayu Dewi, sangat mengutamakan perkembangan anak perempuannya, Aqila Dewi Humairah.

 Walaupun baharu sahaja menginjak usia setahun, namun Ayu telah membawa Aqila ke sekolah agar puterinya itu lebih bijak berdikari.

 Menurut Ayu, di sekolah, Aqila akan belajar mengenal dan berinteraksi dengan orang baharu.

 "Dua kali seminggu, saya hantar dia ke sekolah untuk bermain.

Malah, ada juga guru yang datang ke rumah.

 "Saya gembira melihat perkembangannya di saat ini.

Malah, saya perhatikan, dia sangat menggemari muzik," katanya yang sekali-sekala turut membawa anaknya ke lokasi penggambaran.