Sunday, March 16, 2014

#GEMPAR~Enam Mati Ambil Dadah Berlebihan Di Festival Muzik

Antara keluarga mangsa dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

 KUALA LUMPUR: Enam mati kerana mengambil dadah berlebihan di Future Music Festival Asia 2014, yang memaksa pihak penganjur untuk membatalkan programnya pada malam Sabtu.

 Mereka yang maut ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 21, Victor Wong E. Hern, 25, Sabreena Kamarudin, 21, M. Suresh, 27, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 26.

 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sembilan orang rebah selepas mengambil dadah jenis methamphetamine pada acara malam Jumaat di Bukit Jalil pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

 Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Empat yang lain iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

 Tiga yang lain masih berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Kesemua mereka, termasuk dua warga Singapura, berusia antara 19 dan 28 tahun.

 "Semua didapati positif dadah dan kematian disebabkan oleh pengambilan dadah berlebihan," kata Mohmad Salleh kepada pemberita di sini, Sabtu.[mStar]

0 comments: