#Penyanyi Stacy beransur pulih dari jangkitan H1N1

HUJUNG minggu lalu, penyanyi lincah, Stacy dikhabarkan telah dijangkiti virus influenza (H1N1) atau wabak selesema burung namun dia dikatakan sudah semakin sembuh selepas mendapatkan rawatan.

 Stacy memaklumkan perkara tersebut melalui interaksi dengan peminat-peminat yang bimbangkan keadaannya di laman mikro Twitter.

 “Syukur saya sudah beransur pulih berkat doa kamu semua,” tulisnya semalam.

 Menurut Stacy, selepas memeriksa darah Ahad lalu, dia disahkan menghidap Influenza A (H1N1).

 “Positif Influenza A.

Nasib baik ada topeng ninja ini dan ubat.

 “Semalam dah periksa darah dan saya positif,” tulisnya.

 Stacy kini dilaporkan sedang berehat di kampungnya di Sabah.[SH]

No comments