#PANAS~Selena Gomez Dimasukkan Ke Pusat Pemulihan Kerana Ketagihan Dadah

Justin Bieber dikatakan menjadi punca kepada masalah yang dihadapi Selena. 

 Penyanyi remaja Selena Gomez dimasukkan ke pusat pemulihan bulan lepas, lapor sebuah majalah hiburan antarabangsa.

 Bintang berusia 21 tahun itu dimasukkan ke pusat pemulihan The Meadows di Arizona pada 5 Januari selama dua minggu.

 Pusat pemulihan berkenaan merawat remaja berusia 18 hingga 26 tahun yang mengalami masalah trauma, gangguan emosi, ketagihan atau dalam pemerhatian untuk rawatan.

Sah: Jurucakap Selena memberitahu penyanyi itu pergi ke pusat pemulihan secara sukarela.  

Jurucakap Selena memberitahu media, penyanyi itu secara sukarela mendapatkan rawatan di pusat tersebut dan bukan kerana penyalahgunaan dadah.

 Walaupun dinafikan oleh wakilnya, media menyatakan penyanyi berkenaan mengalami ketagihan dadah yang teruk dan memerlukan rawatan bagi masalahnya.

 Mereka yang rapat dengan bekas bintang kanak-kanak Disney itu menggesanya mendapatkan rawatan memandangkan tabiat suka berparti Selena semakin di luar kawalan.

 Sementara itu, satu lagi media hiburan antarabangsa menyatakan, Selena menyalahkan bekas kekasihnya, Justin Bieber atas apa yang berlaku kepadanya.

 Sumber lain memberitahu “Rakan dan keluarganya, terutama ibu bapa penyanyi itu bimbang keadaan Selena menjadi lebih buruk.

Tabiat suka berparti itu kadangkala menjadi liar” Mereka ingin membantunya dan menggalakkan Selena mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.
Pusat Pemulihan The Meadows di Wickenburg, Arizona yang menempatkan Selena. 

“Perlu diingat yang Selena bekerja tanpa henti di Hollywood selama enam tahun. Tentunya dia kepenatan dan Selena cukup bijak dan menyedari dia perlu mengawal hidupnya,” kata individu lain yang rapat dengannya.

 “Sampai ke satu tahap, Selena perlu keluar dari Los Angeles, keluar dari “penggambaran” dan tekanan di Hollywood dan lari daripada mereka yang dikatakan membawa pengaruh buruk terhadapnya.

Selena perlu mengambil peluang ini untuk membaiki dirinya dan dia menyedari dia perlukan bantuan” katanya.

 Selena yang dilaporkan “selalu” menghisap ganja bersama Bieber membatalkan siri jelajah Australia yang dijadualkan bulan ini untuk memberi ruang kepada dirinya “dipulihkan”.

 Bintang muda itu dilaporkan menjalani pemulihan dengan baik. Satu sumber memberitahu Selena kini gembira dan berada pada tahap kesihatan yang terbaik serta bersedia untuk kembali bekerja.

 Pada masa Selena membatalkan siri jelajahnya, dia dilaporkan dijangkiti Lupus sejenis penyakit yang mengganggu sistem imunisasi manusia namun dinafikan wakil Selena.

 Dalam kenyataannya kepada peminat berkenaan pembatalan siri jelajah itu, Selena memberitahu di memerlukan masa untuk memulihkan dirinya untuk berada pada tahap terbaik.

 “Pada saya, peminat sangat penting dan saya tidak mahu mengecewakan mereka, tetapi setelah bertahun-tahun mendahulukan kerja, tiba masanya saya meluangkan masa untuk diri sendiri,” kata Selena.[myMetro]

No comments