#PANAS~Respon Siti Nurhaliza anaknya bercinta dengan Umi Nazeera

Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid dikatakan sedang bercinta dengan aktres Umi Nazeera.

 Bagi Siti, 35, ianya tidak menjadi kesalahan. Adib dan Umi juga sebenarnya adalah kenalan lama kerana mereka sama-sama menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

 "Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online.

 Siti mengulas mengenai kehadiran Adib bersama Umi pada konsert amalnya iaitu 'Where The Heart Is' yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

 Adib pernah meminta pandangannya apabila dia digosipkan bercinta dengan seorang artis baharu dari Brunei sebelum ini, kata Siti lagi.

 "Saya menjelaskan kepadanya bahawa gosip itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan seorang selebriti dan jangan terlalu tertekan mengenainya," ujar Siti.

No comments