#PANAS~Preity Zinta berang dikatakan muflis!

BARU-baru ini, beredarnya khabar mengenai Preity Zinta (gambar)yang dikatakan bakal muflis.

Bagaimanapun ternyata ia hanya khabar angin dan Preity cukup berang dengan perkara itu.

 "Dari mana cerita itu datang?

Saya sangat terpukau dengan cara kalian mencari berita tetapi ia seratus peratus salah.

 "Demi Tuhan, saya masih mampu menanggung perbelanjaan untuk diri sendiri tanpa masalah kewangan.

Gosip itu bukan sahaja salah, tetapi sangat mengganggu tatkala saya membacanya," ujar Preity dalam nada berang ketika ditanya Digitalspy.co.uk.

 Sebelum ini, Preity dikatakan sanggup menyewakan unit kondominium mewahnya dan tinggal di rumah yang lebih murah selepas beberapa pihak datang meminta hutang.

No comments