#PANAS~Pelakon Liza Abdullah sah bercerai talak satu,anak-anak menangis

Pelakon veteran terkenal, Liza Abdullah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zolkifli Abdul Rahman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar jam 3.05 petang tadi.

 Lafaz cerai itu dibuat Zolkifli di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas beliau bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik hari ini.

 Pada 25 November lalu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah telah menfailkan saman dan penceraian terhadap suami menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din.
Punca penceraian pasangan veteran ini tidak pula diketahui namun mereka didakwa sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu disebabkan oleh masalah rumahtangga yang berlarutan.

 Walaupun proses perceraian berlaku secara baik dan atas persetujuan bersama namun ahli keluarga terutamanya anak-anak tidak dapat menahan perasaan sedih di atas perpisahan kedua orang tua mereka.

 Untuk pengetahuan, hubungan Liza dan Zolkifli bertahan selama 26 tahun dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nurwafiez Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12 dan Zulsyahmi Afif, 10.

No comments